`Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, & telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu & telah Ku-redhai Islam itu sebagai agamamu.” (QS. Al Maidah 3)
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, atas rahmat dan nikmat kurnia-Nya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kesempatan ini merupakan nikmat kehidupan, yang perlu dipergunakan sebaiknya supaya kita berjaya bukan sahaja di dunia, malah yang paling utama tentulah kejayan di akhirat kelak. Istiqomah-lah, tetapkan hati dalam mencari ilmu, mudah-mudahan dengan ilmu, bertambahnya iman dan sempurnalah amal, dengan izin Allah.
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali
tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa
anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud.
Inilah himpunan nota-nota agama untuk diriku sendiri, keluarga, sahabat, saudara dan semua yang mencari petunjuk.
Semoga bermanfaat, InsyaAllah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh'
Assalam `Ala man Ittaba'al Huda
No comments:
Post a Comment